Tuesday 13 December 2016

HTML


HTML Documents

All HTML documents must start with a document type declaration: <!DOCTYPE html>.

The HTML document itself begins with <html> and ends with </html>.

The visible part of the HTML document is between <body> and </body>.



HTML Headings

HTML headings are defined with the <h1> to <h6> tags.

<h1> defines the most important heading. <h6> defines the least important heading:

Example:
<h1>This is heading 1</h1>
<h2>This is heading 2</h2>
<h3>This is heading 3</h3>


HTML Paragraphs

HTML paragraphs are defined with the <p> tag:

example:
<p>This is a paragraph.</p>
<p>This is another paragraph.</p>


HTML Links

HTML links are defined with the <a> tag:

example:
<a href="http://www.w3schools.com">This is a link</a>



HTML Images

HTML images are defined with the <img> tag.

The source file (src), alternative text (alt), width, and height are provided as attributes:

Example
<img src="w3schools.jpg" alt="W3Schools.com" width="104" height="142">

Sunday 4 December 2016

MAHA 2016

Assalamualaikum,
Pada 2 Disember 2016 yang lepas, saya telah menjadi sukarelawan di salah satu program yang dianjurkan di tapak MAHA yang diadakan di MAEPS di Serdang










Saturday 3 December 2016

HARI INDUKSI KELAB PENGURUSAN PELAJAR TAHUN SATU FEP 2016/2017



Assalamualaikum,

pada tanggal 20hb November 2016 majlis tertinggi kelab pengurusan fakulti ekonomi dan pengurusan telah mengadakan hari induksi untuk pelajar tahun satu yang baru sahaja menyertai kelab tersebut. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang baru memasuki alam universiti untuk lebih mengetahui mengenai kelab tersebut dan juga fakulti. Selain itu, program ini dilakukan untuk memperkenalkan barisan majlis tertinggi serta exco-exco kelab. Hal ini bagi memudahkan pelajar-pelajar tahun satu untuk merujuk mereka ini jika terdapat sebarang kemusykilan.





Sesi pendaftaran adalah pada pukul 8 pagi dan program ini berlangsung di DK1 FEP




kata alu-aluan oleh pengerusi majlis yang comel. hehehe


Timbalan memperkenalkan majlis tertinggi kelab


Pembahagian kumpulan untuk aktiviti explorace


Antara aktiviti yang dilakukan








Penyampaian hadiah kepada pemenang

Tidak lengkaplah pertemuan tanpa potret...
















Thursday 1 December 2016

DUBOOK PRESS

Assalamualaikum,
baru-baru ini kami telah ditugaskan untuk menemuramah seorang pengurus bagi subjek Pengantar Pengurusan. Kami telah memilih untuk menemuramah pengurus sebuah kedai buku penerbitan iaitu dubook press. 



DuBook Press (singkatannya DBP) adalah sebuah badan penerbitan bahan bacaan yang lahir pada tahun 2010 hasil dari kekecewaan terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (juga singkatkannya DBP) yang lebih gemar bermesyuarat makan karipap dan menerbitkan buku-buku hidup segan mati tak mahu.

DuBook menerbitkan buku-buku untuk pasaran ‘niche’ dengan matlamat menyemarakkan selera membaca di kalangan rakyat Malaysia agar setaraf dengan selera makan nasi lemak atau roti canai mereka. Buku yang diterbitkan DuBook langsung tidak seperti buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana kalaulah ianya sama, nescaya buku kami juga hidup segan mati tak mahu.

Namun harus diingat, DuBook bukanlah penerbit buku ‘indie’ seperti yang didakwa oleh sesetengah penerbit buku lain. Terus-terang kami di sini hendak berniaga, bukan hendak jadi ‘cool’ atau ‘hipster’. Maka sokonglah kami demi menyahut matlamat kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Saturday 26 November 2016

CARA MEMOHON ZAKAT UKM

Assalamualaikum,
entri kali ni kami nak cerita sikit pasal cara-cara memohon bantuan zakat UKM
Sebelum tu, ini antara syarat yang ditetapkan sebelum memohon


i. Pemohon mestilah beragama ISLAM


ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan

iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER

iv. Pelajar SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA yang tidak mendapat bantuan atau wang sumbangan kerana berjaya masuk ke Universiti, Sila mohon dengan Pusat Zakat negeri masing-masing.

v. Hanya permohonan pelajar yang pendapatan seisi rumahnya RM 5,000.00 KE BAWAH SAHAJA yang akan diproses dan dipertimbangkan dan jika melebihi RM 5,000.00 akan dipertimbangkan oleh pegawai.





STEP 1 : DOWNLOAD BORANG ZAKAT UKM


link untuk download :

i) http://www.ukm.my/bendahari/?page_id=281

atau

ii) KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG ZAKAT (UPDATE)


STEP 2 : ISI BORANG TU


dalam borang2 tu ada macam2 yang kena isi, simple2 je . pasal butir2 peribadi kita.



STEP 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Part yang ni laaa , semua orang selalu tertanya2 , ape je yang kena sediakan? okey, ni list yang korang kena sediakan..

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI
-Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehipenyata/slip/baucar gaji ATAU
- Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU
- Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di manaibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)
-Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
- bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA / FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.

iv. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
v. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
x. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)


Disini ada beberapa peringatan untuk korang2 , ape yang lia tau laaaa ,
borang pengesahan pendapatan untuk ibu bapa yang tidak bekerja tu mesti di sahkan oleh orang2 yang dah disebutkan tu. jangan minta lecturer korang yang pergi tandatangan , nanti zakat ukm tak terima .
kalau korang minta untuk bayar yuran pengajian, sediakan penyata hutang pelajar tu sekali. print je. sebab nanti senang zakat ukm nak tengok hutang kita ade berapa




PERINGATAN MESRA : jangan lupa doubel triple fourple sixple infinitiple check list dokumen yang diperlukan sebelum pegi hantar dekat pejabat zakat untuk mengelakkan korang punya permohonan di reject sebab tak cukup dokumen dan terpaksa datang semula.


STEP 3 : SAHKAN SEMUA DOKUMEN DENGAN PENSYARAH YANG ADA JAWATAN


yang ada jawatan tu means macam Dekan ke , Penolong Dekan ke , Dr ke , Prof ke.. minta tandatangan diorang untuk sahkan korang punya dokumen. kalau tak disahkan kang zakat tak terima lak. agak leceh sikit , tapi ye laaa, kena laa berkorban sikit...


STEP 4 : PEGI DEKAT KAUNTER ZAKAT UKM





macam ni la rupanya dari tepi , hahaha. senang je... korang gi dekat masjid ukm ni , dari jauh pun boleh nampak sebab merah menyala. hihi.

alamatnya : KAUNTER UNIT ZAKAT, Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM. 43000 UKM Bangi, Selangor


untuk orang2 yang berada jauh2 dari UKM tu boleh laa pos dekat alamat tu. dan dan dannnn. nanti kalau kita buat latihan industri , kita boleh pos semua dokumen yang + borang zakat tu. tapi tu laa. pastikan semua dokumen dah disahkan sebelum hantar. okey uolss???


yang bab2 temuduga tu , depends dengan orang yang jaga zakat kaunter tu, alaaa., bukan temu duga ape sangat pun. dia just tanya pasal diri kita, pasal family kita. tu jee. bukannya temuduga minta kerja pun. hahahah. relakss k :)


hahhhhh. ONE MORE THING ! last2 !


Masa pegi hantar borang zakat tu , pakai baju sopan tau. pakai pakaian yang formal. nanti kang kena tegur lak ! Terutamanya perempuan , jangan pakai baju yang tak sepatutnya. ya laa. lagipun kita masuk masjid kan? :)


baiklahh. itu saja kot, kalau2 ada yang kurang dan terlebih . harap dimaafkan . sebab yang buruk semuanya datang dari diri kami sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. kalau ada yang tak tahu. sila lah panjang2kan entri ni untuk si penanya baca k. hehehe. so senanggg :)


oh yeee ,


like la FB ZAKAT UKM :
https://www.facebook.com/pages/Tabung-Amanah-Zakat-UKM/386445614752991

diorang sentiasa update ape2 pasal zakat dekat situ, lagi satu kalau ade pape pertanyaan boleh terus inbox dekat diorang




Sumber:http://namakuroza.blogspot.my/2014/07/cara-cara-mohon-zakat-ukm.html

PELANCARAN MOTOSIKAL HONDA DI UKM



Assalamualaikum,




Pada tanggal 23 November 2016, Syarikat kereta dan motosikal yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia iaitu Honda buat pertama kalinya melancarkan motosikal keluaran terbarunya di UKM.

Hal ini merupakan salah satu pencapaian yang terbaik UKM apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi tempat motosikal ini diperkenalkan. Tidak ketinggalan, terdapat banyak media yang turut hadir untuk membuat laporan bagi akhbar atau majalah masing-masing.

Selain itu ramai juga pelajar dan kakitangan UKM serta orang awam yang hadir untuk menyaksikan motosikal ini dilancarkan.








Honda BeAT Fi






Honda BeAT with Racing Boy (Ultimate Touch Up)







Honda BeAT engineered in Repsol design





Wednesday 23 November 2016

CARA DAPATKAN STIKER KENDERAAN UKM






Bagi pelajar UKM yang telah berjaya daftar dan mempunyai akaun di https://smp.ukm.my/smpweb/index.cfm, bolehlah memohon untuk mendaftar kenderaan anda (kereta atau motor) di http://ewarga.ukm.my/trafik/.



Prosedur Pendaftaran Kenderaan Pelajar

  1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
  2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2014/2015 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
  3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
  • Lesen yang masih sah digunakan
  • Kad Matrik
  • Geran Asal atau salinan geran (Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut)
      4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
      5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru
      6. Sebelum pergi ke Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM untuk mohon stiker kenderaan,             jangan lupe daftarkan kenderaan anda terlebih dahulu di SINI, lepas dah settle key in semua,               baru lah boleh mohon stiker kenderaan di Wisma Aman. Wisma Aman tu kat mane? keluar jer             dari Pintu Gerbang UKM, belok ke kanan dan terus. Nanti anda akan jumpe satu lorong kecik             sebelah kanan.. so masuklah kat situ, Wisma Aman berada di bahagian kanan jalan.


*Sediakan RM2 bagi harga stiker kenderaan tersebut, anda akan ditanya no plate kenderaan*


apa kelebihan ada stiker kenderaan UKM ni?
  • Mudah lepas dari pengawasan Guard.
  • Pengurusan parking lot (kolej tertentu).

Sumber: http://duadz.blogspot.my/2015/02/diary-ukm-cara-dapatkan-stiker.html