Saturday 26 November 2016

CARA MEMOHON ZAKAT UKM

Assalamualaikum,
entri kali ni kami nak cerita sikit pasal cara-cara memohon bantuan zakat UKM
Sebelum tu, ini antara syarat yang ditetapkan sebelum memohon


i. Pemohon mestilah beragama ISLAM


ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan

iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER

iv. Pelajar SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA yang tidak mendapat bantuan atau wang sumbangan kerana berjaya masuk ke Universiti, Sila mohon dengan Pusat Zakat negeri masing-masing.

v. Hanya permohonan pelajar yang pendapatan seisi rumahnya RM 5,000.00 KE BAWAH SAHAJA yang akan diproses dan dipertimbangkan dan jika melebihi RM 5,000.00 akan dipertimbangkan oleh pegawai.





STEP 1 : DOWNLOAD BORANG ZAKAT UKM


link untuk download :

i) http://www.ukm.my/bendahari/?page_id=281

atau

ii) KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG ZAKAT (UPDATE)


STEP 2 : ISI BORANG TU


dalam borang2 tu ada macam2 yang kena isi, simple2 je . pasal butir2 peribadi kita.



STEP 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Part yang ni laaa , semua orang selalu tertanya2 , ape je yang kena sediakan? okey, ni list yang korang kena sediakan..

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI
-Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehipenyata/slip/baucar gaji ATAU
- Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU
- Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di manaibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)
-Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
- bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA / FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.

iv. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
v. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
x. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)


Disini ada beberapa peringatan untuk korang2 , ape yang lia tau laaaa ,
borang pengesahan pendapatan untuk ibu bapa yang tidak bekerja tu mesti di sahkan oleh orang2 yang dah disebutkan tu. jangan minta lecturer korang yang pergi tandatangan , nanti zakat ukm tak terima .
kalau korang minta untuk bayar yuran pengajian, sediakan penyata hutang pelajar tu sekali. print je. sebab nanti senang zakat ukm nak tengok hutang kita ade berapa




PERINGATAN MESRA : jangan lupa doubel triple fourple sixple infinitiple check list dokumen yang diperlukan sebelum pegi hantar dekat pejabat zakat untuk mengelakkan korang punya permohonan di reject sebab tak cukup dokumen dan terpaksa datang semula.


STEP 3 : SAHKAN SEMUA DOKUMEN DENGAN PENSYARAH YANG ADA JAWATAN


yang ada jawatan tu means macam Dekan ke , Penolong Dekan ke , Dr ke , Prof ke.. minta tandatangan diorang untuk sahkan korang punya dokumen. kalau tak disahkan kang zakat tak terima lak. agak leceh sikit , tapi ye laaa, kena laa berkorban sikit...


STEP 4 : PEGI DEKAT KAUNTER ZAKAT UKM





macam ni la rupanya dari tepi , hahaha. senang je... korang gi dekat masjid ukm ni , dari jauh pun boleh nampak sebab merah menyala. hihi.

alamatnya : KAUNTER UNIT ZAKAT, Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM. 43000 UKM Bangi, Selangor


untuk orang2 yang berada jauh2 dari UKM tu boleh laa pos dekat alamat tu. dan dan dannnn. nanti kalau kita buat latihan industri , kita boleh pos semua dokumen yang + borang zakat tu. tapi tu laa. pastikan semua dokumen dah disahkan sebelum hantar. okey uolss???


yang bab2 temuduga tu , depends dengan orang yang jaga zakat kaunter tu, alaaa., bukan temu duga ape sangat pun. dia just tanya pasal diri kita, pasal family kita. tu jee. bukannya temuduga minta kerja pun. hahahah. relakss k :)


hahhhhh. ONE MORE THING ! last2 !


Masa pegi hantar borang zakat tu , pakai baju sopan tau. pakai pakaian yang formal. nanti kang kena tegur lak ! Terutamanya perempuan , jangan pakai baju yang tak sepatutnya. ya laa. lagipun kita masuk masjid kan? :)


baiklahh. itu saja kot, kalau2 ada yang kurang dan terlebih . harap dimaafkan . sebab yang buruk semuanya datang dari diri kami sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. kalau ada yang tak tahu. sila lah panjang2kan entri ni untuk si penanya baca k. hehehe. so senanggg :)


oh yeee ,


like la FB ZAKAT UKM :
https://www.facebook.com/pages/Tabung-Amanah-Zakat-UKM/386445614752991

diorang sentiasa update ape2 pasal zakat dekat situ, lagi satu kalau ade pape pertanyaan boleh terus inbox dekat diorang




Sumber:http://namakuroza.blogspot.my/2014/07/cara-cara-mohon-zakat-ukm.html

No comments:

Post a Comment