Saturday 26 November 2016

CARA MEMOHON ZAKAT UKM

Assalamualaikum,
entri kali ni kami nak cerita sikit pasal cara-cara memohon bantuan zakat UKM
Sebelum tu, ini antara syarat yang ditetapkan sebelum memohon


i. Pemohon mestilah beragama ISLAM


ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan

iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER

iv. Pelajar SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA yang tidak mendapat bantuan atau wang sumbangan kerana berjaya masuk ke Universiti, Sila mohon dengan Pusat Zakat negeri masing-masing.

v. Hanya permohonan pelajar yang pendapatan seisi rumahnya RM 5,000.00 KE BAWAH SAHAJA yang akan diproses dan dipertimbangkan dan jika melebihi RM 5,000.00 akan dipertimbangkan oleh pegawai.





STEP 1 : DOWNLOAD BORANG ZAKAT UKM


link untuk download :

i) http://www.ukm.my/bendahari/?page_id=281

atau

ii) KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG ZAKAT (UPDATE)


STEP 2 : ISI BORANG TU


dalam borang2 tu ada macam2 yang kena isi, simple2 je . pasal butir2 peribadi kita.



STEP 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Part yang ni laaa , semua orang selalu tertanya2 , ape je yang kena sediakan? okey, ni list yang korang kena sediakan..

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI
-Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehipenyata/slip/baucar gaji ATAU
- Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU
- Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di manaibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)
-Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
- bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA / FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.

iv. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
v. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
x. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)


Disini ada beberapa peringatan untuk korang2 , ape yang lia tau laaaa ,
borang pengesahan pendapatan untuk ibu bapa yang tidak bekerja tu mesti di sahkan oleh orang2 yang dah disebutkan tu. jangan minta lecturer korang yang pergi tandatangan , nanti zakat ukm tak terima .
kalau korang minta untuk bayar yuran pengajian, sediakan penyata hutang pelajar tu sekali. print je. sebab nanti senang zakat ukm nak tengok hutang kita ade berapa




PERINGATAN MESRA : jangan lupa doubel triple fourple sixple infinitiple check list dokumen yang diperlukan sebelum pegi hantar dekat pejabat zakat untuk mengelakkan korang punya permohonan di reject sebab tak cukup dokumen dan terpaksa datang semula.


STEP 3 : SAHKAN SEMUA DOKUMEN DENGAN PENSYARAH YANG ADA JAWATAN


yang ada jawatan tu means macam Dekan ke , Penolong Dekan ke , Dr ke , Prof ke.. minta tandatangan diorang untuk sahkan korang punya dokumen. kalau tak disahkan kang zakat tak terima lak. agak leceh sikit , tapi ye laaa, kena laa berkorban sikit...


STEP 4 : PEGI DEKAT KAUNTER ZAKAT UKM





macam ni la rupanya dari tepi , hahaha. senang je... korang gi dekat masjid ukm ni , dari jauh pun boleh nampak sebab merah menyala. hihi.

alamatnya : KAUNTER UNIT ZAKAT, Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM. 43000 UKM Bangi, Selangor


untuk orang2 yang berada jauh2 dari UKM tu boleh laa pos dekat alamat tu. dan dan dannnn. nanti kalau kita buat latihan industri , kita boleh pos semua dokumen yang + borang zakat tu. tapi tu laa. pastikan semua dokumen dah disahkan sebelum hantar. okey uolss???


yang bab2 temuduga tu , depends dengan orang yang jaga zakat kaunter tu, alaaa., bukan temu duga ape sangat pun. dia just tanya pasal diri kita, pasal family kita. tu jee. bukannya temuduga minta kerja pun. hahahah. relakss k :)


hahhhhh. ONE MORE THING ! last2 !


Masa pegi hantar borang zakat tu , pakai baju sopan tau. pakai pakaian yang formal. nanti kang kena tegur lak ! Terutamanya perempuan , jangan pakai baju yang tak sepatutnya. ya laa. lagipun kita masuk masjid kan? :)


baiklahh. itu saja kot, kalau2 ada yang kurang dan terlebih . harap dimaafkan . sebab yang buruk semuanya datang dari diri kami sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. kalau ada yang tak tahu. sila lah panjang2kan entri ni untuk si penanya baca k. hehehe. so senanggg :)


oh yeee ,


like la FB ZAKAT UKM :
https://www.facebook.com/pages/Tabung-Amanah-Zakat-UKM/386445614752991

diorang sentiasa update ape2 pasal zakat dekat situ, lagi satu kalau ade pape pertanyaan boleh terus inbox dekat diorang




Sumber:http://namakuroza.blogspot.my/2014/07/cara-cara-mohon-zakat-ukm.html

PELANCARAN MOTOSIKAL HONDA DI UKM



Assalamualaikum,




Pada tanggal 23 November 2016, Syarikat kereta dan motosikal yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia iaitu Honda buat pertama kalinya melancarkan motosikal keluaran terbarunya di UKM.

Hal ini merupakan salah satu pencapaian yang terbaik UKM apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi tempat motosikal ini diperkenalkan. Tidak ketinggalan, terdapat banyak media yang turut hadir untuk membuat laporan bagi akhbar atau majalah masing-masing.

Selain itu ramai juga pelajar dan kakitangan UKM serta orang awam yang hadir untuk menyaksikan motosikal ini dilancarkan.








Honda BeAT Fi






Honda BeAT with Racing Boy (Ultimate Touch Up)







Honda BeAT engineered in Repsol design





Wednesday 23 November 2016

CARA DAPATKAN STIKER KENDERAAN UKM






Bagi pelajar UKM yang telah berjaya daftar dan mempunyai akaun di https://smp.ukm.my/smpweb/index.cfm, bolehlah memohon untuk mendaftar kenderaan anda (kereta atau motor) di http://ewarga.ukm.my/trafik/.



Prosedur Pendaftaran Kenderaan Pelajar

  1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
  2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2014/2015 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
  3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
  • Lesen yang masih sah digunakan
  • Kad Matrik
  • Geran Asal atau salinan geran (Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut)
      4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
      5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru
      6. Sebelum pergi ke Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM untuk mohon stiker kenderaan,             jangan lupe daftarkan kenderaan anda terlebih dahulu di SINI, lepas dah settle key in semua,               baru lah boleh mohon stiker kenderaan di Wisma Aman. Wisma Aman tu kat mane? keluar jer             dari Pintu Gerbang UKM, belok ke kanan dan terus. Nanti anda akan jumpe satu lorong kecik             sebelah kanan.. so masuklah kat situ, Wisma Aman berada di bahagian kanan jalan.


*Sediakan RM2 bagi harga stiker kenderaan tersebut, anda akan ditanya no plate kenderaan*


apa kelebihan ada stiker kenderaan UKM ni?
  • Mudah lepas dari pengawasan Guard.
  • Pengurusan parking lot (kolej tertentu).

Sumber: http://duadz.blogspot.my/2015/02/diary-ukm-cara-dapatkan-stiker.html

Tuesday 22 November 2016

5th UKM ASEAN ART FESTIVAL


Kebudayaan merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Sehubungan dengan itu, UKM menganjurkan program bertemakan kebudayaan dan kesenian yang melibatkan sebahagian dari Negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, laos dan Myanmar. 

Haaa nampak tak gambar kat atas tu ? 5th UKM Asean Art Festival merupakan antara program besar UKM. Terdapat beberapa seni persembahan yang di tunjukkan di mana ianya dipersembahkan oleh Phetchabury Rajabhat University,Thailand, De La Salle University, Manila Philippine, University of Economic and Business, Vietnam National University, Hanoi, Institut Seni Yogyakarta Indonesia, Universiti Brunei Darussalam, The Royal University of Phnom Penh, Cambodia.



















Sunday 20 November 2016

CARA MEMBUAT MAIL MERGE WORD 2013

Cara Membuat Mail Merge Word 2013

  • Siapkan File Word untuk Form yang akan diisi Mail Merge dan File Excel yang berisi bahan untuk mengisi form. Sebagai contoh disini saya akan menggunakan form biodata.  saya sudah menyiapkan dua file tersebut, File dengan nama biodata untuk form biodata dan file mail merge untuk isiannya.   Memandangkan kita sudah mempunyai file, kita kan menggunakan  select recepients.

File Biodata

Mail Merge Excel

  • Pada File Biodata klik Menu Mailing (catatan file excel tidak dalam keadaan terbuka)
  • Kemudian pada Group Icon Start Mail Merge kemudian klik select recepients



Mail Merge Word 2013

  • Langkah selanjurnya klik Use an Existing List Kemudian cari file isian biodata tersebut (dalam hal ini saya menggunakan file excel dengan nama file mail merge) Kemudian Klik Open


Mail Merge 2013 Terbaru

5. Langkah Selanjutnya pilih sheet excel yang berisi data isian tersebut kemudian klik OK.
Mail Merger 2015


langkah-langkah mail merge sudah selesai kita tinggal memasukan isian ke dalam file biodata

Cara Mengisi Form mail merge

  • Untuk Isian Form Nama : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Nama
  • Untuk Isian Form NIP : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field NIP
  • Untuk Isian Form Golongan/Ruang : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Golongan/Ruang
  • Untuk Isian Form Tempat, Tanggal Lahir : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Tempat Tanggal Lahir
  • Untuk Isian Form Jenis Kelamin : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Jenis Kelamin
  • Untuk Isian Form Jabatan : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Jabatan
  • Untuk Isian Form Pendidikan terakhir : Klik Mailing - pada Group Insert and write fields Klik Insert Merge Field pilih field Pendidikan terakhir, (langkah 1 sd 7, Bisa dilihat pada gambar dibawah ini)

Insert Field Mail Merge 2013


  • Klik Preview Result untuk menampilkan isian, klik anak panah ke kanan untuk urutan selanjutnya dan klik anak panah ke kiri untuk kembali.


Mail Merge 2013 Terbaru dan terlengkap

  • Untuk mencetak Klik Finish and merge Kemudian pilih Documents..

mail merge 2013 terlengkap
Hasil Mail Merge


Sumber: http://sekedar-trick.blogspot.my/2015/06/cara-membuat-mail-merge-word-2013.html

TUNTENMABU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan.  

Assalamualaikum,

"Sahabat yang baik adalah orang yang sangat kita percayai dan membuat kita tenang bersamanya. Dia menjadi tempat berbahagi lelah, kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia kita".


Ayat yang bisa membuat kami teringatkan mereka bahkan orang lain juga akan mula memikirkan sahabat masing-masing




TUN

NUR HIDAYATUN NAZIRAH BINTI MAT ISA






Aku..


TEN

FATIN BINTI AHMAD RAZAK

Kawan yang paling comel dalam group kami. Kalau dia jalan, masha allah cepat yang amat. Kami yang besar-besar ni susah nak ikut dia. Kadang-kadang kesian dia sebab terpaksa tunggu kami.Pemurah, Memandangkan kami ni orang yang kuat makan, maka dia ni selalu sangat bagi makanan. Tambah-tambah lagi kami. Bukan bagi makanan ja, ada servis suap sekali tau. heheheheheDia sangat menepati masa. Dia antara orang yang terawal sampai selain kami (cehhh) kalau kami ada perbincangan mengenai tugasan, belajar, keluar makan angin dan sebagainya. Bila dah ada orang yang awal mesti akan ada orang yang lambat kan ? heheheh




MA

SITI FATIMAH BINTI UBAYATHULAH


Haaa ini lah dia orang yang selalu lambat dalam geng kami. (jangan marah boss) Dalam kelas dia ni geng tidur kami, tapi tu lah, kuat-kuat tidur dia pun setiap kali exam 4 flat kot. Kau rasa ? Dia banyak tolong aku dalam pelajaran sama macam lagi budak dua orang tu. Jenis otak heba macam mana tah. Dia juga kawan yang aku selalu kongsikan masalah kami memandangkan dia ni seorang yang suka bagi kami kata-kata semangat kalau kami rasa putus asa. Sekali pandang muka garang gila. Tapi orang kata don judge a book by its cover, dalam hati ada taman ni. Kumbang pun takut. hahahaha. Dia ni juga seorang yang mudah terhibur macam geng kami lagi sorang. Kalau orang lain buat lawak sebenarnya tak lawak mana pun, tapi kami selalu gelak sebab dengar dia gelak. 


BU

NUR LIYANA BINTI MAT ZAID

Kenapa bu ? kenapa bukan li ? ya ? na ? takda kaitan kan ? Sebabnya dia ni ibu kami. Dia lah orang yang kan risau kalau ada antara kami yang sakit, tak makan, ada masalah, penat macam-macam lah. Dia prihatin sangat. Dia la tempat kami bermanja. Dia selalu layan ja dengan kami semua. Kalau rindu mak kami tu, boleh la kami cari dia. Dia juga seorang yang ceria (satu geng dengan MA). Benda tak lawak pun dia akan gelak. Seronok bila bersembang dengan dia. Lagi satu nak cakap, dia ni Master dalam akaun, ni pun otak stok-stok MA. Kalau tanya soalan pengiraan, bagi dia. Cepat ja dia jawab. Betul pulak tu. Haishhh





Ini lah keluarga kami kat matrik dulu sampai sekarang. Walaupun masing-masing belajar di universiti yang berbeza, tetapi kenangan tu tak pernah luput dek ingatan. Segala kenangan masih terpahat dalam sanubari. Bila dekat rasa nak membahan, bila jauh, barulah terasa rindu.


Demi Allah, jujur aku rindu TUNTENMABU <3













Wednesday 16 November 2016

FORMULA IF DAN VLOOKUP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan. 

Assalamualaikum,
Hari ni kami nak sambung kongsikan sedikit pasal apa yang kami belajar dalam kelas Aplikasi Komputer. Berbeza dengan entri sebelum ni, kali ni kami nak kongsikan antara formula yang boleh digunakan dalam Microsoft Excel. Yang kami bakal tunjuk ni baru sikit tau. Kalau nak tau dengan lebih mendalam boleh la berguru dengan orang yang lebih arif atau kalau dah malas sangat, search ja kat Encik Google. hehehehe. Semoga bermanfaat.



FORMULA IF 











FORMULA VLOOKUP











Sumber: https://www.facebook.com/exceltricks/?fref=ts

Monday 14 November 2016

SEHARI DI PENANG ART STREET

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan.

Assalamualaikum, 
memandangkan kami ni dah lama tak makan angin. Jadi kami 'throwback' sikit la pasal tempat yang kami pergi dulu. Kejadian ini berlaku semasa kami berada di zaman matrik. Sibuk-sibuk pun sempat tau keluar berjalan, nak hilangkan stress katanya. hahahaahahaha