Friday 30 September 2016

KOLEJ DI UKM



Kolej Tun Hussein Onn:
Kolej Tun Hussein Onn, secara amnya dipanggil sebagai KTHO, dinamakan selepasPerdana Menteri ke-3 Malaysia, Tun Hussein Onn.
KTHO dikaitkan dengan Com A, KDO dan ia sangat rapat dengan FSSK (Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan), FEP (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) dan PUSANIKA yangboleh tiba dengan berjalan kaki. KTHO merupakan salah satu daripada asrama yang mempunyai kafeteria dengan pelbagai pilihan makanan.


Kolej Dato' Onn:
Kolej ini juga dipanggil sebagai Dato' Onn atau KDO. Untuk pengetahuan semua, Dato Onn Jaafar ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Beliau juga merupakan ayah kepada Perdana Menteri ke-3, Tun Hussein Onn.
KDO berdekatan dengan KTHO. Bukan itu sahaja, jarak ke FSSK juga sangat pendek. Hanya perlu berjalan sekurang-kurangnya selama 2 minit. Selain itu, kita hanya perlu berjalan selama 5-10 minit untuk sampai ke PUSANIKA & FEP.



Kolej Aminuddin Baki:
Kolej Aminuddin Baki, atau dipanggil secara mudah sebagai Amin atau KAB, dinamakanselepas perintis pendidikan di Malaysia, Aminuddin Baki.
KAB terletak di kawasan pusat UKM, di seberang PTSL (Perputakaan Tun Seri Lanang),FEP dan PUSANIKA yang agak mudah untuk pelajar FEP / FST (Fakulti Sains dan Teknologi) / FSSK kerana anda boleh sampai ke sana dengan berjalan kaki.


Kolej Ibrahim Yaakob:
Kolej Ibrahim Yaakob, atau KIY dinamakan sempena pahlawan yang berjuang untukkemerdekaan negara. Penduduk KIY diberi nama samaran itu sebagai "Highlander"kerana asrama yang terletak di cerun.
KIY adalah bertentangan dengan Kolej Ungku Omar manakala pelajar FST boleh sampaike fakulti mereka dengan hanya berjalan menuruni cerun.


Kolej Burhanuddin Helmi:
Kolej Burhanuddin Helmi juga dikenali sebagai Burhan atau KBH yang dinamakan selepasseorang ahli politik yang terkenal. Beliau merupakan seorang presiden PAS pada masa dahulu.
Sesetengah penduduk Burhan akan memanggil diri mereka "Buaya" sebagai sloganmereka disebabkan oleh minggu orientasi yang lepas (MMP) sentiasa menjadi yang menggelarkan diri mereka "Buaya". Burhan duduk bersebelahan dengan Kolej UngkuOmar, menghadap ke Pusat Kesihatan UKM di lereng bukit. Penduduk Burhan lebih senang untuk mendapat rawatan daripada doktor apabila sakit.


Kolej Ungku Omar:
Kolej Ungku Omar, atau dipanggil sebagai Ungku Omar atau KUO, dinamakan selepaselit Melayu yang Melayu pertama dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Encik Ungku Omar juga merupakan ahli Lembaga Pengarah YayasanTunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebagainya yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sastera dan budaya.
KUO adalah salah satu asrama yang dibina apabila UKM telah ditubuhkan. Kolej ini terletak bertentangan dengan KIY dan seterusnya ke KBH. Penduduk KUO hanya perlu mengambil 2-3 minit untuk tiba di FST dan 5-7 minit untuk FEP dengan berjalan kaki.


Kolej Rahim Kajai:
Kolej Rahim Kajai, yang dikenali sebagai Kajai atau KRK, dinamakan selepas Abdul Rahim Kajai, Bapa Akhbar Melayu.
KRK adalah bertentangan dengan stadium UKM dan juga di kawasan kejiranan Kolej IbuZain, Kolej Dato 'Onn dan Kolej Tun Hussein Onn. Ia hanya mengambil masa 7-10 minitdari KRK untuk FSSK dengan berjalan kaki.


Kolej Antarabangsa Ibu Zain:
Kolej Antarabangsa Ibu Zain, yang juga dikenali sebagai Ibu Zain atau KIZ, dinamakanselepas Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman, satu pendidik dan ahli politik wanitaterkenal.
KIZ adalah di atas bukit, berhampiran dengan Kolej Rahim Kajai, Kolej Tun Hussein Onndan Kolej Dato 'Onn. Kebanyakan penduduk adalah pelajar


Kolej Keris Mas:
Kolej Keris Mas juga dikenali sebagai KKM dan dinamakan sempena seorang penulisterkenal Melayu yang nama samaran Keris Mas.
KKM adalah asrama baru di kampus yang dibina pada tahun 1999 dan terletak di kawasan yang jauh di dalam kampus yang Kolej Ibu Zain sebagai jiran terdekat. Ia mengambil masa yang lama untuk mencapai fakulti dari asrama dengan berjalan kaki (kira-kira 15-20 minit).Walau bagaimanapun, KKM adalah stesen pertama laluan bas kebanyakan, ia sebenarnyasangat mudah untuk sampai ke fakulti dengan bas.. Penduduk KIZ bolehsampai FSSK dengan berjalan turun tangga dari KIZ.


Kolej Pendeta Za'ba:
Kolej Pendeta Za'ba, juga dikenali sebagai Zaba atau KPZ, dinamakan sempena seorang penulis Melayu yang terkenal dan pemikir, Zainal Abidin Ahmad.
KPZ adalah hostel semi-swasta, sebelah FTSM (Faculti Teknologi dan Sains Maklumat),kira-kira 5 minit dari FKAB (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina) dan ia juga merupakan asrama UKM terbesar yang mempunyai penduduk paling banyak.







Saturday 24 September 2016

SEBELUM KE UNIVERSITI


1. Dokumen

Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Perlu diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian

Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya.

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara.

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan

Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa.. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

Semoga bermanfaat kepada anda :)



Monday 19 September 2016

AKU secara ringkas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan.  






Nama untuk muka budak seperti gambar yang tertera  ialah Nur Hidayatun Nazirah Binti Mat Isa. Cancer (tidak terlalu percaya dengan zodiak), dan orang sering terfikir bahawa aku “gila”. Sudahlah, terkadang sulit juga untuk mendiskripsikan diri sendiri secara lebih spesifik kerana takut aku menuliskannya secara berlebihan.  Dilahirkan di Hospital Taiping, Perak pada 1 Julai 1997.


 Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik dan menetap di Taiping, Perak. Yang paling comel selain budak-budak tu akulah. kikikiki




Aku mendapat pendidikan  awal di Sekolah Kebangsaan All Saints. Kawan-kawan sebaya aku panggil sekolah tu “Anak Setan”  bila kami berlawan mulut sekolah siapa yang paling hebat. Biasalah budak lagi kan, tak matang, hingusan, mentah, baru nak up dan sewaktu dengannya yang melambangkan budak. 








Seterusnya aku menyambung  pengajian di peringkat sekolah menengah di  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima dan menamatkan SPM dengan memperoleh keputusan yang agak memuaskan. Setiap kali sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran,  aku akan mandi dua kali. Apa sebabnya? Sebabnya  peluh yang membasahi pakaian seragamku dek aku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal persis orang baru lepas mandi (agak keterlaluan)




Inilah gambar bangunan sekolah aku dari tingkat atas



Gambar ini diambil sebelum kami semua berdebaq nak SPM





 Aku menyambung pengajian pada peringkat  matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.









 Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap matrikulasi dengan cemerlang dan juga Berjaya membawa pulang berjuta kenangan yang terindah di dalamnya. 





Kini di sini rumah baruku, UKM....