Saturday 24 September 2016

SEBELUM KE UNIVERSITI


1. Dokumen

Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Perlu diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.

Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.

2. Pakaian

Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya.

Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara.

Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.

3. Peralatan

Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa.. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.

Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.

Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.

Semoga bermanfaat kepada anda :)



No comments:

Post a Comment