Monday 19 September 2016

AKU secara ringkas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan.  






Nama untuk muka budak seperti gambar yang tertera  ialah Nur Hidayatun Nazirah Binti Mat Isa. Cancer (tidak terlalu percaya dengan zodiak), dan orang sering terfikir bahawa aku “gila”. Sudahlah, terkadang sulit juga untuk mendiskripsikan diri sendiri secara lebih spesifik kerana takut aku menuliskannya secara berlebihan.  Dilahirkan di Hospital Taiping, Perak pada 1 Julai 1997.


 Anak bongsu daripada 5 orang adik beradik dan menetap di Taiping, Perak. Yang paling comel selain budak-budak tu akulah. kikikiki




Aku mendapat pendidikan  awal di Sekolah Kebangsaan All Saints. Kawan-kawan sebaya aku panggil sekolah tu “Anak Setan”  bila kami berlawan mulut sekolah siapa yang paling hebat. Biasalah budak lagi kan, tak matang, hingusan, mentah, baru nak up dan sewaktu dengannya yang melambangkan budak. 








Seterusnya aku menyambung  pengajian di peringkat sekolah menengah di  Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima dan menamatkan SPM dengan memperoleh keputusan yang agak memuaskan. Setiap kali sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran,  aku akan mandi dua kali. Apa sebabnya? Sebabnya  peluh yang membasahi pakaian seragamku dek aku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal persis orang baru lepas mandi (agak keterlaluan)




Inilah gambar bangunan sekolah aku dari tingkat atas



Gambar ini diambil sebelum kami semua berdebaq nak SPM





 Aku menyambung pengajian pada peringkat  matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.









 Berjaya menamatkan pembelajaran pada tahap matrikulasi dengan cemerlang dan juga Berjaya membawa pulang berjuta kenangan yang terindah di dalamnya. 





Kini di sini rumah baruku, UKM....

No comments:

Post a Comment