Thursday 10 November 2016

SEHARI DI PULAU PINANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan. 

Assalamualaikum,
Hari ni kami nak cerita serba sedikit pasal trip kami pergi pulau pinang atau lebih sinonim dengan penang. Trip ini secara tidak sengaja dirancang tanpa sedar sewaktu kami belajar di kolej matrikulasi pulau pinang. Trip ini disertai oleh 12 orang manusia yang sudah sekian lama tidak keluar dari ‘kotak’. Trip ini mengambil masa selama 12 jam sahaja memandangkan pada hari kejadian kami tidak dibenarkan untuk bermalam pada saat-saat akhir. Biasalah matrik, kami masih rasa seperti budak asrama sekolah. Tetapi orang kata, ada hikmah kenapa tak boleh tu.

Kami bertolak menaiki kereta yang disertakan dengan ‘abang driver’ yang hensem (ehem) pada pukul 8 pagi waktu Malaysia.


Amacam ? hensem tak ? (jangan ikut perangai gatai macam ni)





Sebelum jumpa pulau, mesti jumpa mercu tanda ni dulu





Sesampainya di tanah bertuah Pulau Pinang, kami pergi ke….

1.RUMAH P RAMLEE


Sarapan dulu awak-awak semua



kami lanje gambar sikit ;)


Dari luar.. dari dalam tak sempat ambil


Marilah melawat ke Rumah P Ramlee (ayat agak skema)



2.PASAR KARAT


Boleh jalan ja kalau dari Rumah P Ramlee


Banyak gerai di sini dari barangan kering sehinggalah basah


Barangan antik...

Buat penggemar haiwan peliharaan..


Pelbagai jenis buah-buahan..

memang rambang mata, lagi-lagi wanita. sebabnya pakaian dengan harga berpatutan turut ada..

2.BUKIT BENDERA


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami beli tiket, tak payah beratur panjang-panjang *hari cuti akan beratur panjang gila*


Anda boleh pilih samada ingin mendaki bukit di 'track' yang disediakan atau naik 'train'

atas


panas lit lit


pandangan dari atas, cantik kan ?


Boleh juga tengok bandar penang guna teropong . hehe


Kalau semua nak masuk dalam gambar, haruslah ramah minta tolong orang ambilkan gambar


sebab boleh duduk dua orang ja


Inilah Penang Hill atau Bukit Bendera...




3.NASI KANDAR KAYU


Terliur tak kawan-kawan ? 


Kat sini tak banyak sangat ambil gambar, makan kan ?


4.MASJID TERAPUNG


Singgah Zohor dulu

Sempat la 'posing' sikit sebelum gerak


5.RESTORAN KAPITAN


maaf, tiada gambar sewaktu di sini hehe


6.NASI 7 BENUA


sis tak sabar nak makan


Ada yang tak makan sebab dari pagi asyik makan ja, dah balik baru menyesal tak makan sebab sedap sangat



7 benua mewakili 7 jenis nasi, sedappppp


Setelah habis semua tenaga, tepat pada pukul 8 malam tibalah kami di ‘kotak’kami…



No comments:

Post a Comment