Sunday 20 November 2016

TUNTENMABU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji dan puja hanya bagiNYA. Maha SuciNYA daripada sifat lemah dan kurang. Ya Allah Kau permudahkan urusan hambaMu ini, jangan Kau susahkan.  

Assalamualaikum,

"Sahabat yang baik adalah orang yang sangat kita percayai dan membuat kita tenang bersamanya. Dia menjadi tempat berbahagi lelah, kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia kita".


Ayat yang bisa membuat kami teringatkan mereka bahkan orang lain juga akan mula memikirkan sahabat masing-masing




TUN

NUR HIDAYATUN NAZIRAH BINTI MAT ISA






Aku..


TEN

FATIN BINTI AHMAD RAZAK

Kawan yang paling comel dalam group kami. Kalau dia jalan, masha allah cepat yang amat. Kami yang besar-besar ni susah nak ikut dia. Kadang-kadang kesian dia sebab terpaksa tunggu kami.Pemurah, Memandangkan kami ni orang yang kuat makan, maka dia ni selalu sangat bagi makanan. Tambah-tambah lagi kami. Bukan bagi makanan ja, ada servis suap sekali tau. heheheheheDia sangat menepati masa. Dia antara orang yang terawal sampai selain kami (cehhh) kalau kami ada perbincangan mengenai tugasan, belajar, keluar makan angin dan sebagainya. Bila dah ada orang yang awal mesti akan ada orang yang lambat kan ? heheheh




MA

SITI FATIMAH BINTI UBAYATHULAH


Haaa ini lah dia orang yang selalu lambat dalam geng kami. (jangan marah boss) Dalam kelas dia ni geng tidur kami, tapi tu lah, kuat-kuat tidur dia pun setiap kali exam 4 flat kot. Kau rasa ? Dia banyak tolong aku dalam pelajaran sama macam lagi budak dua orang tu. Jenis otak heba macam mana tah. Dia juga kawan yang aku selalu kongsikan masalah kami memandangkan dia ni seorang yang suka bagi kami kata-kata semangat kalau kami rasa putus asa. Sekali pandang muka garang gila. Tapi orang kata don judge a book by its cover, dalam hati ada taman ni. Kumbang pun takut. hahahaha. Dia ni juga seorang yang mudah terhibur macam geng kami lagi sorang. Kalau orang lain buat lawak sebenarnya tak lawak mana pun, tapi kami selalu gelak sebab dengar dia gelak. 


BU

NUR LIYANA BINTI MAT ZAID

Kenapa bu ? kenapa bukan li ? ya ? na ? takda kaitan kan ? Sebabnya dia ni ibu kami. Dia lah orang yang kan risau kalau ada antara kami yang sakit, tak makan, ada masalah, penat macam-macam lah. Dia prihatin sangat. Dia la tempat kami bermanja. Dia selalu layan ja dengan kami semua. Kalau rindu mak kami tu, boleh la kami cari dia. Dia juga seorang yang ceria (satu geng dengan MA). Benda tak lawak pun dia akan gelak. Seronok bila bersembang dengan dia. Lagi satu nak cakap, dia ni Master dalam akaun, ni pun otak stok-stok MA. Kalau tanya soalan pengiraan, bagi dia. Cepat ja dia jawab. Betul pulak tu. Haishhh





Ini lah keluarga kami kat matrik dulu sampai sekarang. Walaupun masing-masing belajar di universiti yang berbeza, tetapi kenangan tu tak pernah luput dek ingatan. Segala kenangan masih terpahat dalam sanubari. Bila dekat rasa nak membahan, bila jauh, barulah terasa rindu.


Demi Allah, jujur aku rindu TUNTENMABU <3













No comments:

Post a Comment