Tuesday 22 November 2016

5th UKM ASEAN ART FESTIVAL


Kebudayaan merupakan keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Sehubungan dengan itu, UKM menganjurkan program bertemakan kebudayaan dan kesenian yang melibatkan sebahagian dari Negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, laos dan Myanmar. 

Haaa nampak tak gambar kat atas tu ? 5th UKM Asean Art Festival merupakan antara program besar UKM. Terdapat beberapa seni persembahan yang di tunjukkan di mana ianya dipersembahkan oleh Phetchabury Rajabhat University,Thailand, De La Salle University, Manila Philippine, University of Economic and Business, Vietnam National University, Hanoi, Institut Seni Yogyakarta Indonesia, Universiti Brunei Darussalam, The Royal University of Phnom Penh, Cambodia.



















No comments:

Post a Comment